MENCARI KELAINAN DALAM PERNIAGAAN

MARI BERSAMA KAMI,MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH.Pelan Pemasaran HPA dijamin adil dan mengikut landasan syarak. Pelan ini dipantau oleh panel syariah yang berwibawa.Untuk mengetahui tentang pelan pemasaran HPA (ringkasan) dengan lebih lanjut sila hubungi
sham/laila ditalian 0176814626 atau 017 676 9256.Semoga bermanfaat buat kita semua.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Isnin, 10 Januari 2011

KIROPRAKTIK DALAM MENANGANI SAKIT BELAKANG SAKIT BELAKANG: ADAKAH RAWATAN KIROPRAKTIK MEMBANTU?

Apa kata para pengkaji
Bukti klinikil menunjukkan yang kiropraktik adalah selamat dan berkesan sepertimana juga kaedah-kaedah konvensional, yang mana melibatkan ubat-ubatan tahan sakit, rehat yang cukup dan senaman. Walau bagaimanapun sakit belakang (pinggang) biasanya akan beransur baik dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, sekalipun bagi pesakit yang langsung tidak mendapatkan sebarang rawatan (bergantung kepada jenis sakit juga).

Sakit belakang (pinggang) biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan, dan tiada ubat ajaib bagi masalah ini sebenarnya. Biasanya belakang kita akan sembuh dengan sendirinya, namun dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walaubagaimanapun, rawatan seperti kiropraktik atau juga cara konvensional mungkin boleh melegakan diri kita sambil-sambil kita menunggu sistem tubuh badan kita menjalankan proses penyembuhan diri.

Apa yang kiropratik buat?
Konsep rawatan kiropraktik adalah tulang belakang yang terhalang gerakkannya akan menyebabkan kesakitan dan mengurangkan keberkesanan fungsinya. Penyelarasan tulang belakang adalah salah satu bentuk terapi yang kiropraktor gunakan bagi merawat masalah tulang belakang yang terhalang gerakkannya ini. Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan kembali pergerakkan tulang belakang dan hasilnya akan memulihkan kembali fungsinya serta mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang.

Semasa penyelarasan, kiropraktor akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian 'pop' dan 'krak'.

Kiropraktor juga mungkin akan mengurut dan membuat regangan untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul (kata orang lama). Ramai juga yang menggunakan rawatan ttambahan seperti 'ultrasound','electrical muscle stimulation' dan senaman-senaman tertentu. 

Adakah ianya selamat untuk semua orang?

Rawatan kiropraktik secara umumnya selamat, namun ianya tidak sesuai buat semua orang. Mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan kiropraktik adalah;
  • mereka yang mengidap 'osteoporosis' (tulang rapuh) atau ada simptom/tanda-tanda kerosakkan saraf seperti kesemutan, serban atau hilang daya angkat tangan atau kaki.
  • mereka yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang.
  • mereka yang sakit belakang diikuti dengan demam, kesejukkan, berpeluh atau kehilangan berat badan, kerana berkemungkinan mengidap jangkitan kuman atau tumor (ketumbuhan).
Jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan kiropraktik
  • Dapat konsultasi terlebih dahulu. Sebelum membuat temujanji rawatan, dapatkan dahulu konsultasi dengan pengamal terbabit, sama ada secara berjumpa atau telefon, bagi mengetahui bagaimana cara dia menangani sakit belakang anda. Pastikan yang anda rasa selesa dengan cadangannya dan bilangan sesi yang anda harus ikuti serta tak lupa bayaran yang dikenakan. Bagi sakit belakang (pinggang) yang teruk, 4 ke 6 sesi biasanya sudah memadai.
  • Fahami risikonya. Penyelarasan kiropraktik ada beberapa risikonya juga.
Langkah pencegahan
Dengan sedikit penjagaan dan perhatian dapat membantu anda menghindari sakit belakang. Kekalkan berat badan yang sihat, sentiasa bersenam/beriadhah, duduk tegak, bila angkat sesuatu yang berat, biarkan kaki anda yang bekerja (bukan belakang), hindari aktiviti yang melibatkan pergerakan membongkok terlalu kerap dan jika duduk atau berdiri untuk suatu jangkamasa yang lama, maka berehatlah beberapa kerap dengan berjalan-jalan sekeliling.





Pembetulan tulang belakang (PTB) merupakan satu method yang diperlukan untuk membantu dalam perawatan JAWI. Dari tulang cervical sampailah ketulang ekor(coccyx) dimana kesemuanya memberikan kesan perubahan kesihatan jika tidak di ubati dengan betul. Hanya dengan cara manipulasi yang ringan dan mudah tulang itu dibetulkan. Ia dilakukan dalam keadaan duduk,tidur,berbaring dan juga berdiri. Ianya sangat berguna untuk menjadi seorang herbalis yang terlatih.
Tulang belakang di definisikan dalam kamus sains sebagai Vertebra yang terdiri daripada tulang servical, thorasic, lumbar dan sacrum. Sehubungan itu, ruas-ruas tulang belakang berfungsi untuk menyambungkan saraf kepada organ-organ tubuh di mana gangguan tulang menyebabkan gangguan pada fungsi organ-organ tersebut. Dengan kata lain, binaan tulang terdiri daripada mineral kalsium dan phosphorus. Selain daripada masalah oestoporosis (pereputan tulang) terutama pada kaum wanita, gejala pengeringan di sendi-sendi sering terjadi di bahagian sendi lutut. Gejala kekeringan cairan di dalam tempurung lutut ini selalu terjadi apabila umur seseorang itu menjangkau ke 50an.




Teknik urutan PTB / Kiropratik

Salah satu symptom masalah di tulang belakang ialah kebas di hujung-hujung jari tangan atau jari kaki, sakit kepala, dan kesakitan di tulang belakang. Keadaan ini berlaku akibat dari kecederaan di tulang tanpa disedari. Mineral kalsium sangat di perlukan untuk terapi ini. Oleh itu, mengamalkan minuman susu bukanlah merupakan satu-satunya cara penggantian kalsium dalam tubuh kerana jika tubuh mempunyai kekurangan enzim Lactase, ia boleh menyebabkan tubuh kehilangan kalsium. Mengapakah keadaan ini berlaku? Keadaan ini berlaku akibat dari fermentasi susu dalam tubuh yang sekaligus mengakibatkan terjadinya asidosis . Di samping itu, tubuh ini akan berusaha untuk menghilangkan asidosis terrsebut dengan mengambil atau menyerap kalsium daripada tulang atau gigi. Makanan yang kita makan pada hari ini juga, kebanyakannya menyebabkan terjadinya asidosis. Oleh sebab itu, kalsium daripada tumbuh-tumbuhan sangatlah diperlukan, akan tetapi tidak semua kalsium mudah diserap daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kerana kehadiran asid oksalik didalamnya. Penyerapan kalsium daripada Kopi Radix menjadi mudah berbanding dengan tumbuhan yang lain kerana tindak balas kimia yang belum dikaji. Sinergi herba untuk ini 1.Kapsul Radix 3 biji malam 2.Herba Tuju Angin 3 biji malam 3.Habattus Saudda 3 biji pagi .Secara mudah difahami kemungkinan kesan sinergilah yang mempercepatkan penyerapan kalsiam dalam tubuh. Wallahu'alam.

U-Herbs Melaka
Kelas pengetahuan produk dan perawatan.
Bertempat di Halal Mrat Ayer Keroh,Melaka MITC.


Disampaikan oleh Herbalis En Amizad Aminy Bin Hassan




Beberapa teknik urutan kiro yg ditunjuk kpd ahli yg hadir ke kelas mimgguan U-Herbs








Dapatkan penjelasan lanjut pd kelas kelas akan datang di Halal Mrat Ayer Keroh MITC.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan