MENCARI KELAINAN DALAM PERNIAGAAN

MARI BERSAMA KAMI,MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH.Pelan Pemasaran HPA dijamin adil dan mengikut landasan syarak. Pelan ini dipantau oleh panel syariah yang berwibawa.Untuk mengetahui tentang pelan pemasaran HPA (ringkasan) dengan lebih lanjut sila hubungi
sham/laila ditalian 0176814626 atau 017 676 9256.Semoga bermanfaat buat kita semua.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Selasa, 11 Januari 2011

HUKUM MENUNTUT ILMU PERUBATAN 
Alim ulamak bersepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya adalah fardu kifayah atau satu tanggungjawab yang dikenakan keatas orang islam secara umum untuk mempelajarinya. Ganjarannya amat luas jika dilaksanakan dengan jalan yang diredhai Allah. 

HUKUM MENGAJAR ILMU PERUBATAN
 
Hukum mengajar ilmu perubatan adalah wajib bagi orang yang arif mengetahuinya. Menyembunyikan ilmu adalah berdosa dan termasuk dalam golongan orang orang yang bakhil serta mengufuri nikmat Allah. 


HUKUM BERUBAT
Hukum berubat ada dua iaitu Wajib dan Harus. 

Wajib:
Hukumnya menjadi wajib sekiranya penyakit yang dihidapi mendatangkan kemudharatan atau tidak dapat menanggung kesakitan.
 

Harus:
Hukumnya menjadi harus jika si penyakit masih dapat menanggung kesakitan dan bersabar serta penyakit belum ditahap yang membimbangkan.
 

HUKUM MENGUBAT
Mengubat pesakit merupakan satu kewajipan bagi orang yang mengetahuinua. Orang yang berilmu tapi tidak menyebarkannya kepada masyarakat dianggap sebagai mengufuri nikmat Allah. Bagi perawat, merawat pesakit/pasiennya adalah salah satu ciri ciri mensyukuri nikmat Allah. Ini dijelaskan dalam Al-Quran surah Ibrahim ayat 7. 

Firman Allah:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ 
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. 

Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa menolong orang yang menderita atau kebuntuan fikiran adalah salah satu usaha mendampingkan diri kepada Allah swt. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda: 
"Barang siapa yang melapangkan kesempitan dunia saudaranya yang islam, nescaya Allah akan melapangkan baginya kesempitan akhirat dan barang siapa yang meringankan seseorang yang berada dalam kesempitan, maka Allah akan meringankan ke atasnya di dunia dan akhirat. Allah tetap membantu seorang hamba selagi hamba itu membantu saudaranya yang islam.

HUKUM MENERIMA GANJARAN 
Hukumnya harus mengambil ganjaran/upah dari pesakit atas usaha usaha pengubatan/rawatan yang menggunakan ayat ayat Al-Quran. Walaupun hukum menerima upah/ganjaran perubatan itu adalah harus, akan tetapi jika tidak diambil adalah lebih baik. Namun masa kini, bahan bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah dibeli dan diproses. Jadi memadailah perawat mengenakan upah yang berpatutan untuk kos bahan yang diperlukan untuk perubatan, tenaga dan belanja pengurusan. 
Wallahualam. 

1 ulasan:

  1. Antara Pengisian Kursus Asas Rawatan Islam (Terapi Sufi) – Kaedah Rawatan dari warisan Ulama-ulama Sufi yang di kendalikan secara berkala oleh Pertubuhan Sahabat Mukmin di bawah bimbingan Ustaz Haji Hasnul Hakim bin Haji Muhammad Zain ( berpengalaman 12 tahun dalam bidang Rawatan Islam) . Untuk Makluman Lanjut boleh layari http://www.sahabatmukmin.com atau FB : Sahabat Mukmin Malaysia

    BalasPadam