MENCARI KELAINAN DALAM PERNIAGAAN

MARI BERSAMA KAMI,MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH.Pelan Pemasaran HPA dijamin adil dan mengikut landasan syarak. Pelan ini dipantau oleh panel syariah yang berwibawa.Untuk mengetahui tentang pelan pemasaran HPA (ringkasan) dengan lebih lanjut sila hubungi
sham/laila ditalian 0176814626 atau 017 676 9256.Semoga bermanfaat buat kita semua.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Ahad, 2 Januari 2011

Apakah resdung (sinusitis) ?


Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung

Punca bakteria resdung membiak

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:-

a)
Radangan pada hidung.Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya jangkitan kuman dan alergi (alahan).Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b)
Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c)
Jangkitan pada gigi geraham atas akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d)
Genetik.Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

Jenis-jenis resdung (sinusitis)

*
Akut
*
Kronik AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Kemudaratan Resdung (sinusitis)


Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
Jangkitan otak
Sakit tekak yang kronik
Jangkitan tulang muka
Menerukkan keadaan lelah
Berdengkur secara kronik
Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
Alahan hidung
Selsema biasa yang melarat dan jerawat.



POINT BEKAM UNTUK RAWATAN RESDUNG




Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam 9cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,inysyaAllah masalah resdung anda selesai



Tiada ulasan:

Catat Ulasan