MENCARI KELAINAN DALAM PERNIAGAAN

MARI BERSAMA KAMI,MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH.Pelan Pemasaran HPA dijamin adil dan mengikut landasan syarak. Pelan ini dipantau oleh panel syariah yang berwibawa.Untuk mengetahui tentang pelan pemasaran HPA (ringkasan) dengan lebih lanjut sila hubungi
sham/laila ditalian 0176814626 atau 017 676 9256.Semoga bermanfaat buat kita semua.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Ahad, 2 Januari 2011

APA ITU BEKAM ??

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kel
enjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah ( bekam ) adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk
" Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam."

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.
Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas" ......(Shahih Bukhari)

Hadis Kedua:
Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
" Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'." ........ (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga:
Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi:
"Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" ..........(Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat:
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata:
"Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau:
"Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digun
akan oleh manusia." ........(Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadis Kelima:
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).".........(Shahih Bukhari dan Muslim)



ANTARA GAMBAR GAMBAR KETIKA BERBEKAM.






KETULAN DARAH KOTOR YANG BEKU/LIKAT



*(Kaedah bekam moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir tiada kesakitan dan sangat berkesan.)*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan